Profil Syarikat

Selamat datang ke laman web cetakbajumurah.com.my. Perniagaan kami berdaftar dengan SSM (001883370-P) atas nama FAC Enterprise pada tahun 2009. FAC Enterprise turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan (357-02191794) dan operasi perniagaan dijalankan sepenuhnya oleh bumiputera.

Kepakaran kami adalah menawarkan servis cetak baju dengan harga yang murah. Walaupun memberi servis cetak tshirt dengan harga murah, kami tetap memberi kualiti yang terbaik untuk hasil cetakan baju kami. Kami turut mampu menyiapkan tempahan urgent dengan servis cetak t shirt yang pantas & cekap.

Kami menawarkan pelbagai pilihan baju bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan cetak baju dari kami. Selain servis cetak tshirt, kami turut menawarkan servis percetakan untuk produk seperti muslimah, jersi, baju korporat, topi dan juga cenderamata seperti lanyard, button badge, mug, non woven bag dan lain-lain. Kami juga turut menerima tempahan pakaian atau cenderamata custom made mengikut rekaan yang memenuhi citarasa pelanggan.

Antara servis cetak baju yang kami tawarkan adalah silk screen, heat transfer, sulaman (embroidery), dan DTG (Direct To Garment). Dengan menawarkan servis cetak tshirt yang murah dan berkualiti, kami bersedia untuk menerima tempahan servis printing baju dari individu, persatuan, kelab, sekolah, kolej, universiti serta organisasi dari kerajaan dan swasta.

gambar printgambar sulam